Mesti korang dah biasa dengar perkataan ini.. Maklum laa, di zaman yang serba moden ini apa saja boleh dibuat dengan menggunakan hujung jari sahaja.. Wahh.. Bestnye.. Tanpa sempadan.. Apa saja kita boleh perolehi hanya dengan teknologi yang bergitu canggih sekali.. Menakjubkan.. Awesome!

Teknologi dan internet dicipta untuk memudahkan kita memperoleh maklumat & mengetahui isu-isu semasa dari seluruh dunia.. Tak kisah laa isu apa pun.. Politik.. Sukan.. Bencana alam.. Tsunami.. Dan macam-macam lagi.. Tetapi adakalanya, kecanggihan technologi maklumat ini disalah guna oleh sesetengah masyarakat dan memberikan impak-impak negatif kepada pengguna.

Dunia Tanpa Sempadan

Antaranya, isu-isu penggodaman laman sesawang sesetengah syarikat, kerajaan, institusi-institusi swasta yang seringkali diketengahkan media sejak beberapa tahun lalu.. Hal ini amatlah membimbangkan kerana banyak maklumat-maklumat peribadi/rahsia telahpun dicuri oleh manusia yang tak bertanggungjawab ini.

Disebabkan kecanggihan teknologi maklumat ini digunapakai oleh semua lapisan masyarakat, maka, banyak juga perkara-perkara yang negatif akan berlaku. Contohnya laman sosial yang digilai ramai remaja ketika ini. Melalui laman sosial ini, remaja-remaja terdedah kepada nilai-nilai positif seperti melihat laman lucah, penyebaran agama yang bakal menyebabkan gejala murtad, kelab-kelab terlarang, masalah sex songsang dan sebagainya.

Bagi dewasa pula, kemungkinan laman sosial ini boleh menyebabkan masalah keretakan rumahtangga, politik tak tentu hala, perhimpunan-perhimpunan haram, dan lain-lain lagi.

Jadi, nasihat RB kepada semua pengguna yang semakin moden, janganlah terus dibuai keasyikan dengan kesedapan berinternet, android, angry bird semata-mata, fikirkanlah pro dan kontra sesuatu yang kita nak buat.. Dan fikirkanlah semasaknya..

RB sangat-sangat tidak bersetuju dengan tagline “Dunia Tanpa Sempadan“.. Sedangkan Islam sendiri mempunyai sempadan-sempadanya (batas-batasnya).. Bayangkan, ada orang datang rumah kita, terus masuk rumah, pergi kat peti ais, then ambil fresh orange lalu diminumnya tanpa meminta izin.. Orang itu dah melampaui batas.. Kita tak mahu perkara itu berlaku, jadi fikir-fikirkanlah..

PS: RB juga peminat FB & Angry Birds.. Jgn Marah.. :P